Ketika saya sampai, kelihatan ramai di padang. Saya agakkan ada hari sukan.
Belum sempat 10 langkah, saya diterpa. Haha..bukan main ramai bekas anak murid berpusu bersalam dengan saya. Tak menang tangan. Macam YB lagaknya..hihi.
Sampai di padang, dapatlah jumpa dengan guru-guru yang dulunya banyak membantu saya, memberi tunjuk ajar sepanjang saya di SK Gangsa.
"Cikgu Glamer dah sampai" kata salah seorang guru di situ. Saya tersipu-sipu. Anak murid masih mengerumuni.
"Cikgu, ajarlah kami semula"
"Cikgu, Nazratul dah naik kelas B".
"Mesti Ain pula di kela 6A kan?" -mereka anguk-angguk
"Cikgu nak ajar kitorang semula ke?"
"Cikgu pindah mana? Lama tak nampak"
^-^
Ahai. Banyaknya soalan dan adu-aduan. Juga berterbangan sejuta senyuman kami. Jiwa saya diruntun kasih dan rindu. Terharu disambut begitu. Setelah 6 bulan, mereka masih ingat pada saya.
Saya masih kerut-kerut nak ingat mereka seorang demi seorang. Yang paling saya sayang, yang nakal, yang banyak cakap- semuanya ada.
Terima kasih kerana masih ingati saya ya. Saya sayang kamu semua :)
--------------
p/s: Jangan terkejut jika berjalan dengan saya. Kat pasar malam pun ada anak murid melambai dan memanggil-manggil. Hehe..
No comments:
Post a Comment